{VIDEO} Nasib baik ada member tenangkan… Suami menangis cari isteri tak jumpa ketika beli baju raya

{VIDEO} Nasib baik ada member tenangkan… Suami menangis cari isteri tak jumpa ketika beli baju raya

Nasib baik ada member tenangkan… Suami menangis cari isteri tak jumpa ketika beli baju raya.

Ketika ini pastinya orang ramai sedang sibuk membuat persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Mana tidaknya, selepas dua tahun tidak dapat beraya bersama, tahun ini pastinya orang ramai lebih bersemangat dan akan beraya sakan.

Ketika sibuk membeli persiapan raya, suami-suami pasti lebih selesa untuk menunggu berbanding mengikuti setiap langkah isterinya.

Hal yang sama dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai Aliff Adnan ini apabila memuat naik video akan gelagat rakannya ketika membeli persiapan hari raya.

Dalam video tersebut, dapat dilihat lelaki berkenaan sedang memangis apabila tidak dapat mencari isterinya di dalam ratusan orang di sebuah butik baju.

Malah, lelaki tersebut berulang kali menyatakan bahawa dia telah berpesan kepada isterinya agar tidak pergi jauh kerana bimbang sukar ditemui.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu isterinya muncul membuatkan lelaki berkenaan tersenyum malah meminta ‘sampel’ kain untuk dijadikan contoh baju yang bakal dibeli.

Nasib baik ada member tenangkan... Suami menangis cari isteri tak jumpa ketika beli baju raya

Rata-rata wargnet terutama kaum lelaki turut berkongsi pengalaman yang hampir sama. Malah, mereka mengakui terhibur akan gelagat lelaki berkenaan.