{VIDEO} Nak makan sedap punya pasal, pelajar asrama sanggup merangkak elak kantoi

Nak makan sedap punya pasal, pelajar asrama sanggup merangkak elak kantoi. Menjalani hidup di sekolah asrama ini pastinya akan meninggalkan pelbagai kenangan apabila dewasa kelak. Mana tidaknya pelbagai kenangan indah yang diciptakan bersama rakan-rakan baik suka mahupun duka.
Bagaimanapun, satu perkara yang menjadi keluhan para pelajar di sekolah berasrama ini apabila agak sukar mendapatkan makanan lazat dari luar memandangkan telah dibekalkan makanan yang mencukupi dari pihak kantin.
Itulah yang dialami pelajar ini apabila gelagatnya dirakam pengguna TikTok
Menerusi video yang dimuat naik itu, dapat dilihat beberapa orang para pelajar sedang merangkak dipercayai di pintu pagar belakang sekolahnya.
Rupa-rupanya, para pelajar itu mengambil makanan yang diorder dari abang ‘rider’ melalui pintu tersebut bagi mengelak dari terkontoi daripada warden asrama.