{VIDEO} Menakutkan !!! Penumpang rakam saat kapal terbang dibadai puting beliung

{VIDEO} Menakutkan !!! Penumpang rakam saat kapal terbang dibadai puting beliung

Menakutkan !!! Penumpang rakam saat kapal terbang dibadai puting beliung.

Kapal terbang sememangnya sebuah pengangkutan yang dipilih jika destinasi yang hendak dituju jauh dan memakan masa.

Akan tetapi, pengalaman menaiki kapal terbang kadangkala menakutkan kerana pada aras yang tinggi pelbagai perkara buruk boleh terjadi .

Itulah yang dialami oleh penumpang sebuah kapal terbang dimana pengangkutan itu dibadai angin puting beliung yang kuat yang dikongsikan di akaun Instagram

Situasi cemas itu sempat dirakam oleh seorang penumpang dengan telefon bimbitnya, ada juga kedengaran orang yang sedang beristighfar, menangis dan memegang kerusi.

Kejadian yang terjadi kepada kapal terbang Garuda Indonesia dengan nombor pendaftaran GA 608 dijadualkan mendarat di bandar Mutiara Sis Aljufri Palu, Sulawesi Tengah (Sulteng), sekitar pukul 2.45PM waktu tempatan.

Dikatakan, ketika tayar terbang hampir menyentuh landasan , juruterbang dengan serta-merta membatalkan perkara tersebut dan terus naik semula dan kapal terbang itu mengalami pergolakan yang sangat kuat menyebabkan penumpang berasa cemas dengan keadaan berkenaan.

Susulan daripada kejadian itu, kapal terbang berjaya mendarat pada pukul 3.10PM waktu tempatan dan hanya mengalami kelewatan selama 25 minit sahaja.