{VIDEO} “Memang la aku takkan beli…” Ceduk makanan pakai tangan, buat ramai kembang tekak

{VIDEO} “Memang la aku takkan beli…” Ceduk makanan pakai tangan, buat ramai kembang tekak

“Memang la aku takkan beli…” Ceduk makanan pakai tangan, buat ramai kembang tekak.

Kebersihan peniaga makanan haruslah dititikberatkan memandangkan makanan yang dibeli pelanggan boleh tercemar dan mengundang penyakit.

Begitulah seperti satu video yang tular ini, menunjukkan sebuah gerai yang hanya menceduk makanan menggunakan tangan, buat ramai kembang tekak.

Perkongsian @malaysiannews di Tiktok meraih perhatian ramai yang geli melihat pekerja di gerai tersebut yang hanya menggunakan tangan tanpa sarung tangan plastik, menceduk makanan yang dibeli pelanggan.

Difahamkan untuk menjimatkan masa dan lebih pantas, kejadian yang berlaku di negara seberang ini mengundang kecaman ramai.

Ramai netizen yang kembang tekak melihat perkongsian ini dan masing-masing menyuarakan pendapat tak akan membeli lagi di gerai yang tak diyakini kebersihannya.

Dalam pada itu, ramai yang menyatakan sepatutnya mereka menggunakan sarung tangan plastik jika ingin menggunakan tangan.