{VIDEO| “Makin hilang adab…” Lelaki maki pakcik depan umum sebab baju Melayu kotor

{VIDEO| “Makin hilang adab…” Lelaki maki pakcik depan umum sebab baju Melayu kotor

“Makin hilang adab…” Lelaki maki pakcik depan umum sebab baju Melayu kotor.

‘Makin hilang adab’.

Itulah antara luahan seorang wanita yang juga merupakan pemilik akaun Tiktok bernama Wiwi Eriana sewaktu menyaksikan gelagat seorang pelanggan dan seorang staf lewat usia di ruang makan pusat membeli belah.

Walau bagaimanapun, dia tidak sempat merakam detik bilamana, lelaki tua bergelar pakcik itu dimarahi pelanggan terbabit, cuma dapat berkongsi reaksinya selepas kejadian.

Dalam video pendek tersebut, menyaksikan seorang lelaki tua sedang mengutip pinggan dan cawan kotor di setiap meja untuk dimasukkan ke dalam troli.

Akui kecuaian diri, namun lelaki berbaju Melayu itu tidak menerima permohonan maaf dari pakcik berkenaan sebaliknya bertindak memakinya di depan khalayak ramai.

Ujar pemilik akaun, selepas kejadian menimpanya, pakcik berkenaan lebih menjaga setiap pergerakannya kerana bimbang hal sama berulang.

Jadi, dia meletakkan troli pinggan tersebut jauh daripada kesesakan pengunjung walaupun terpaksa berjalan jauh sedikit dari meja untuk ke troli.

Difahamkan, pakcik itu tidak sengaja terlanggar pelanggan lelaki berbaju Melayu ketika itu menyebabkan bajunya kotor terkena sisa makanan.