{VIDEO} Makcik ‘lepak’ atas motosikal di tengah jalan jadi tumpuan

{VIDEO} Makcik ‘lepak’ atas motosikal di tengah jalan jadi tumpuan

Makcik ‘lepak’ atas motosikal di tengah jalan jadi tumpuan.  Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan dua wanita berstatus ‘makcik’ memberhentikan motosikal di tengah jalan untuk berbual, lapor laman berita yoursay.id.

Kedua-dua wanita itu berhenti di persimpangan jalan di sebuah kawasan perumahan. Mereka duduk di atas motosikal sambil berbual dan melepak.

Mereka berbual sehingga tidak sedar menjadi tumpuan orang ramai yang melalui jalan itu. Akan tetapi, mereka tidak mengganggu lalu lintas kerana jalan itu tidak sibuk.

Dalam pada itu, dua wanita itu juga kelihatan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Jalan itu dijadikan ruang tamu oleh mereka,” komen seorang netizen.