{VIDEO} “Mak sape ni!” Licin tapau lauk kenduri walau majlis belum habis dikecam

{VIDEO} “Mak sape ni!” Licin tapau lauk kenduri walau majlis belum habis dikecam

“Mak sape ni!” Licin tapau lauk kenduri walau majlis belum habis dikecam. Majlis perkahwinan merupakan majlis keramaian yang dihadiri pelbagai tetamu dari ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga.

Justeru, adab dan kelakuan haruslah dijaga demi menjaga air muka tuan rumah malahan air muka sendiri supaya tidak melebihi batas-batas sebagai tetamu.

Berbeza dengan perkongsian di Tiktok yang meraih perhatian netizen mengenai seorang wanita, membungkus licin kuih di sebuah majlis perkahwinan.

 

Turut baca

 

Menerusi video, dapat dilihat majlis masih lagi berlangsung dan tetamu masih ramai, namun wanita tersebut langsung tidak teragak-agak untuk menghabiskan kuih dan mengaut semuanya ke dalam plastik kemudian berlalu pergi.

 

Rata-rata netizen terkedu melihat kelakuan wanita tersebut yang sama sekali tidak mengendahkan ‘orang belakang’ yang masih di dalam majlis tersebut.

Malahan, mereka turut mengecam perbuatan wanita tersebut yang langsung tidak rasa malu…