{VIDEO} Mak ayah leka, tak sedar dah sejam anak tak ada dalam kereta tertinggal di RnR

{VIDEO} Mak ayah leka, tak sedar dah sejam anak tak ada dalam kereta tertinggal di RnR

Mak ayah leka, tak sedar dah sejam anak tak ada dalam kereta tertinggal di RnR.    Kadang apabila terlalu penat memandu, kita terlupa untuk memastikan penumpang di dalam kenderaan tersebut mencukupi. Itu belum lagi yang keluar dari kereta tidak beritahu pemandu membuatkan mereka tertinggal di jalanan.

Dalam kejadian 7 petang itu, kanak-kanak berkenaan dikatakan tidak sengaja ditinggalkan oleh kelaurganya di kawasan tersebut. Malah, kanak-kanak itu juga terlihat gelisah dan menangis menurut seorang pengguna Facebook.

Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut bernasib baik apabila dijaga oleh salah seorang petugas lebih raya berkenaan.

Menurut pengguna TikTok yang turut berada di lokasi kejadian memaklumkan bahawa kanak-kanak berkenaan telah disatukan bersama ibu bapanya.

Menurutnya, ahli keluarga tersebut menyedari anak mereka tertinggal kira-kira sejam selepas bertolak dari hentian R&R berkenaan.

Pelbagai reaksi yang diberikan oleh warganet berhubung isy tersebut.

Rata-rata mereka memuji sikap kanak-kanak berkenaan yang tidak mudah percaya akan orang tidak dikenali. Malah turut berkongsi pengalaman ditinggalkan secara tidak sengaja oleh ibu bapa mereka.

 

Turut baca