{VIDEO} “Lesen beli ni…” Pemandu bengang ‘parking’ kereta sampai masuk kotak orang

{VIDEO} “Lesen beli ni…”  Pemandu bengang ‘parking’ kereta sampai masuk kotak orang

“Lesen beli ni…” Pemandu bengang ‘parking’ kereta sampai masuk kotak orang.

Ketika belajar mengambil lesan memandu, pastinya tenaga pengajar telah mengajar cara-cara yang betul untuk memandu di jalan raya sekaligus meletakkan kereta dengan betul.

Bagaimanapun, tidak semua pemandu mengamalkan apa yang diajar sebaliknya hanya bertindak ikut ‘kepala sendiri’ selepas mendapat lesan.

Itulah yang cuba dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Auza ini apabila meluahkan rasa bengang melihat keretanya dihimpit kenderaan lain.

Dalam video tersebut, dapat dilihat kereta miliknya itu dihimpit dengan kereta lain yang turut memakan kotak ‘parking’ sekaligus meletakkan kenderaan berkenaan secara senget.

Perkara tersebut membuatkan penumpang tidak boleh masuk ke dalam keretanya memandangkan kenderaan tersebut begitu rapat dengan pintu.

Menurutnya, isterinya terpaksa masuk melalui belah pemandu gara-gara perkara tersebut.

Rata-rata warganet turut geram melihat tindakan pemandu kereta tersebut.

Malah, mereka juga mendakwa bakal melakukan pelbagai cara bagi mengajar pemandu berkenaan.