{VIDEO} Langgar pihak polis, tiada lesen memandu punca pihak berkuasa ‘naik hantu’

{VIDEO} Langgar pihak polis, tiada lesen memandu punca pihak berkuasa ‘naik hantu’

Langgar pihak polis, tiada lesen memandu punca pihak berkuasa ‘naik hantu’. Tular satu video menunjukkan kekecohan berlaku di sebuah persimpangan lampu isyarat melibatkan beberapa orang awam dan pihak berkuasa yang difahamkan sedang dalam operasi ‘undercover’.

Namun, apa yang menjadi tanda tanya ramai adalah, apakah punca yang menyebabkan lelaki berbaju putih, dipercayai pihak berkuasa menengking beberapa orang di dalam kereta.

{VIDEO} Langgar pihak polis, tiada lesen memandu punca pihak berkuasa 'naik hantu'

Menurut empunya video, ternyata pihak berkuasa ‘naik hantu’ disebabkan sikap beberapa pemandu kereta yang difahamkan terlibat dalam sebuah perlumbaan namun tanpa sengaja telah melanggar pihak berkuasa tersebut.

Berang dengan kejadian menimpa, lelaki berbaju putih itu dilihat tidak dapat menahan kemarahan dan menaikkan suara, menegur tindakan tiga pemandu kereta berkenaan.

Sudah lah ingin berlumba, mereka juga difahamkan tiada lesen kereta!.

Beberapa individu yang berada di lokasi ketika kejadian menceritakan kembali di mana tiga pemandu kereta tersebut didapati membuat bising yang melampau sebelum ingin memulakan perlumbaan.

Apa yang membuatkan pihak polis naik angin adalah tindakan salah seorang dari mereka yang tiba-tiba melanggar pihak polis dan setelah diperiksa ternyata masing-masing belum mempunyai lesen memandu.

 

Turut baca