{VIDEO} “Lain kali ambi half payment…” Order’ 60 pax, ‘owner’ terkilan ‘call customer’ langsung tak angkat

{VIDEO} “Lain kali ambi half payment…”  Order’ 60 pax, ‘owner’ terkilan ‘call customer’ langsung tak angkat

“Lain kali ambi half payment…” Order’ 60 pax, ‘owner’ terkilan ‘call customer’ langsung tak angkat.

Beberapa kali sudah kita dengar keluhan pemilik kedai makan yang ditipu pelanggan ketika mereka telah membuat pesanan dengan kuantiti yang banyak, namun tiada yang kunjung tiba.

Sekali lagi tular satu video menunjukkan 60 pax makanan yang dipesan, ‘lebur’ begitu saja apabila keluarga yang ‘booking’ meja berkenaan langsung tidak hadir hingga kedai dah pun ditutup!.

"Lain kali ambi half payment..."  Order' 60 pax, 'owner' terkilan 'call customer' langsung tak angkat

Perkongsian @hsnzahsm di Tiktok meraih perhatian ramai yang geram dengan penganiayaan yang kerap kali berlaku di bulan mulia ini.

Malahan, sehingga ke tengah malam dan lampu kedai telah ditutup menunjukkan tak lagi beroperasi, pelanggan yang ‘booking’ langsung tiada khabar dan difahamkan tidak menjawab sebarang panggilan!.

Rata-rata netizen bengang dan berharap selepas ini para peniaga akan mengambil wang deposit atau separuh pembayaran dari yang memesan menu awal untuk berbuka.

Risau perkara sebegini terjadi lagi, mereka turut menasihatkan agar mengambil iktibar dari peristiwa kali ini.