Video kontroversi harga barang, Siti Aishah dipanggil polis

Video kontroversi harga barang, Siti Aishah dipanggil polis

Video kontroversi harga barang, Siti Aishah dipanggil polis.

Bekas senator, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, beliau dipanggil ke Bukit Aman berhubung klip videonya mengenai pemansuhan subsidi oleh kerajaan.

Siti Aishah Shaik Ismail

Katanya, beliau diminta hadir pada Isnin ini untuk memberi keterangan, tetapi polis bersetuju dengan permintaannya untuk disoal siasat selepas Hari Raya Aidiladha pada minggu depan.

“Mereka bersetuju secara dasarnya dan mereka akan mengesahkan tarikh baharu kemudian,” katanya kepada FMT.

Ahli PKR itu dilantik sebagai senator pada 2015 selama tiga tahun.

Siti Aishah berkata, beliau tidak takut dengan sebarang tekanan yang diberikan kepadanya.

“Saya yakin saya berada di pihak yang benar. Rakyat bersama saya.”

Menerusi videonya yang dikongsi secara meluas, beliau mengkritik kerajaan memansuhkan subsidi untuk ayam, telur dan minyak masak berbotol mulai 1 Julai lalu, serta berkata keputusan itu akan menyebabkan lonjakan harga mendadak bagi beberapa bahan makanan.