Video ‘konsert’ di Johor tular, netizen mula pertikai SOP di masjid pula

Video ‘konsert’ di Johor tular, netizen mula pertikai SOP di masjid pula

Video ‘konsert’ di Johor tular, netizen mula pertikai SOP di masjid pula. Dalam kedukaan orang ramai bergelumang dengan virus Covid-19 ini, sayu rasanya di hati apabila mengenangkan keadaan dunia yang kini tidak lagi seperti dahulu.

Video 'konsert' di Johor tular, netizen mula pertikai SOP di masjid pula

Malah, kehidupan harian juga terasa berbeza kerana banyak perkara tidak dapat dilakukan dengan bebas kerana tertakluk pada prosuder operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Memasuki tahun ketiga virus itu menyerang dunia, sepatutnya orang ramai sudah pandai jaga diri berpandukan SOP sedia ada, namun nampaknya masih ada yang memandang ringan lagi akan perkara itu.

Demikian, susulan tular sebuah video menyaksikan suasana sekitar konsert yang difahamkan berlaku di Angsana, Johor Bharu.

Menurut sumber, konsert itu dijaga oleh anggota RELA selain memerlukan orang ramai ‘scan’ Mysejahtera seperti yang dikuatkuasakan.

Tetapi apabila memasuki konsert itu, boleh dikatakan semua pengunjung sakan berjoget sehingga mengabaikan penjarakan sosial sesama mereka, sementara anggota RELA bertugas pula hanya berputih mata tidak tegur.

Boleh dikatakan, rata-ratanya marah dan kesal dengan sikap mereka sekaligus mulai mempertikai SOP di masjid atau surau yang jelas sekali berbeza.

 

Turut baca