{VIDEO} Khusyuk layan drama Melayu, gadis Cina sebak sampai menangis

{VIDEO} Khusyuk layan drama Melayu, gadis Cina sebak sampai menangis

Khusyuk layan drama Melayu, gadis Cina sebak sampai menangis. Masyarakat Malaysia sememangnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Walaupun begitu, rakyat di Malaysia tinggal dalam keadaan harmoni sekaligus saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

Disebabkan hidup dalam lingkungan bercampur Cina, mahupun India, masing-masing mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan lancar sekali.

Tidak itu sahaja, menonton drama Melayu juga menjadi satu kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok apabila memuat naik momen rakannya yang khusyuk menonton drama Melayu.

Dalam video tersebut dapat dilihat seorang gadis sedang sedang fokus menonton drama Melayu di sebuah komputer riba miliknya.

Bagaimanapun, riak muka gadis berkenaan yang terlihat sayu menarik perhatian ramai apabila rupanya menitiskan air mata kerana drama yang ditontonnya.

Pelbagai reaksi yang diberikan oleh warganet. Mereka mereka turut memuji gadis berkenaan kerana menonton drama Melayu. Malah mendoakan agar dirinya mendapat hidayah.

 

Turut baca