{VIDEO} “Kesombongan dengan pangkat yang ada…” Petugas SPRM tengking orang awam di khalayak, buat ramai meluat

{VIDEO} “Kesombongan dengan pangkat yang ada…” Petugas SPRM tengking orang awam di khalayak, buat ramai meluat

“Kesombongan dengan pangkat yang ada…” Petugas SPRM tengking orang awam di khalayak, buat ramai meluat

Tular satu video menunjukkan seorang lelaki dipercayai petugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menengking orang awam di khalayak, buat ramai meluat.

Dengan lagak seperti ‘gangster’ siap menarik zip baju dan mengeluarkan kad identiti, petugas berkenaan juga dilihat menengking lelaki di hadapannya yang dipercayai ingin masuk ke dalam bangunan atas urusan penting.

Perkongsian dari @CheguAra itu buat lebih ramai bengang ketika petugas berkenaan siap marah dan menengking orang awam yang merakam video sebagai bukti dia bertindak kasar.

Rata-rata netizen bengang dengan kesombongan petugas berkenaan yang disifatkan terlalu berkasar sedangkan boleh berbicara dengan baik demi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

Namun demikian, setakat ini belum ada sebarang penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku dari empunya video hingga petugas berkenaan bertindak sebegitu.