{VIDEO} “Kesian tengok budak-budak, menangis tidak keruan…” Sejam penumpang berpanas dalam pesawat

{VIDEO} “Kesian tengok budak-budak, menangis tidak keruan…” Sejam penumpang berpanas dalam pesawat

Penumpang pesawat Malaysia Airlines berdepan kesulitan apabila perjalanan mereka tergendala dek masalah teknikal yang berlaku.

Menurut pemilik akaun Tiktok nash_ruto, masalah tersebut berpunca daripada penghawa dingin pesawat yang difahamkan mengalami kerosakan.

Disebabkan hal itu, penumpang terpaksa berpanas selama satu jam sehingga masing-masing tidak senang duduk, malah kanak-kanak yang terkandas di dalam pesawat juga menangis tidak keruan kerana kepanasan.

Susulan perkongsian, ramai pula mempertikai tindakan anak kapal dan kapten pesawat yang membawa penumpang ketika itu.

Demikian selepas mendapati pihak mereka sepertinya langsung tidak peka dengan situasi sukar yang melanda penumpang di bawah pengendalian mereka.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang makluman rasmi oleh pihak penerbangan bagi memperjelaskan keadaan sebenar ketika kejadian tersebut.

Bahkan, perjalanan penerbangan juga tidak diketahui lebih lanjut.