{VIDEO} “Kesedihan yang amat sangat…” Ramai menangis lihat geng lelaki iring van jenazah naik motor

{VIDEO} “Kesedihan yang amat sangat…” Ramai menangis lihat geng lelaki iring van jenazah naik motor

“Kesedihan yang amat sangat…” Ramai menangis lihat geng lelaki iring van jenazah naik motor.

Pemergian 5 sekawan yang rentung dalam kemalangan nyata membuatkan banyak hati yang menangis.

Terbaru dalam satu perkongsian, beberapa orang sahabat dari mangsa hanya mampu menghantar jenazah salah seorang rakan dengan motosikal, buat ramai sayu.

Perkongsian @nxbxlzz di Tiktok membuatkan ramai mengalir air mata melihat keikhlasan dan kesungguhan seorang sahabat, sanggup menghantar dan mengiringi jenazah yang bakal dibawa ke pulang kampung di Terengganu.

Apa yang membuatkan ramai lebih sebak, mereka dilihat hanya menghantar dengan motosikal, dan hanya mampu mengiringi sehingga di tol Kuala Kangsar..

Rata-rata netizen akui tidak dapat menahan air mata tatkala teringatkan insiden yang berlaku, meragut nyawa 5 sekawan tersebut.

Malahan, seluruh umat Islam mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat..