{VIDEO} Kena tahan tepi jalan, reaksi ayah disaman bakal menantu jadi perhatian

Kena tahan tepi jalan, reaksi ayah disaman bakal menantu jadi perhatian. Sehebat apapun pekerjaan kita, perkara utama yang dinilai semestinya integriti dan juga sifat tanggungjawab terutamanya bagi mereka yang bertugas sebagai petugas di barisan hadapan.
Memandangkan profesion mereka merupakan tonggak keamanan negara, tiada perkara lain yang diharap melainkan bersikap jujur dan tidak menjadi gunting dalam lipatan.
Begitulah juga yang diterapkan dalam diri anggota ini, yang mana perkongsiannya ada dikongsikan oleh tunangnya dengan menggunakan nama Syaza Zulaini.
Dalam paparan tersebut, kereta yang dipandu ayahnya telah ditahan oleh sebuah kereta polis.
Walaubagaimanapun, difahamkan anggota yang turun daripada kereta itu adalah bakal suaminya sambil membawa sebuah fail ke arah mereka sebelum diminta menandatangani sesuatu.
Pun begitu, ada yang tidak percaya bahawa kertas tersebut adalah surat saman kerana menurut mereka kertas saman bersaiz kecil berbanding kertas A4 biasa.
Dalam pada itu, sebahagiannya pula mengucapkan tahniah buatnya kerana berpendapat bahawa surat tersebut adalah borang nikah, bukannya surat sama seperti yang diperkatakan.
Turut baca
- Selepas dicabuI, disamun pemandu E-hailing, wanita nekad terjun dari kereta selamatkan diri
- Hidung cacat selepas pembedahan, lelaki saman doktor RM2.7 juta
- Gempar!!! Lagu berentak ‘RAP’ bergegar di majlis agama
- {VIDEO} Datang kedai siap maki hamun, wanita seram dapat ‘customer’ pelik
Tonton juga