{VIDEO} Kawal harga barang : Salahuddin saran kerajaan libatkan pemain industri

{VIDEO} Kawal harga barang : Salahuddin saran kerajaan libatkan pemain industri

Datuk Seri Salahuddin Ayub, bekas Menteri Pertanian dan Asas Tani menyarankan agar kerajaan melibatkan pemain industri bagi mengawal kenaikan harga barang.

Perkara ini telah dilakukan semasa beliau menjadi Menteri Pertanian dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan dan hasilnya menemui kejayaan yang sangat membantu, katanya.

Baginya tidak semua masalah yang timbul boleh diselesaikan melalui undang-undang. Akan tertapi perlu ada jalan keluar bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

Kita tidak boleh sombang, katanya.

Katanya lagi, adalah tersangat penting kerajaan mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai agensi bagi membincang atau mencanai pemasalahan dan beliau amat yakin kita dapat mengatasi apa pun masalah yang timbul.