{VIDEO} Kantoi !!! Makan pagi buta, lelaki geram terus azan kat telinga

Kantoi !!! Makan pagi buta, lelaki geram terus azan kat telinga.
Dalam bulan Ramadan ini, pastinya pelbagai dugaan dan rintangan untuk semua yang berpuasa.
Terbaru, tular satu video penuh kelakar menunjukkan seorang lelaki yang menjerit terkejut apabila melihat ‘dugaan’ berpuasa di depan matanya!.
Perkongsian @EddyJali di Tiktok mengundang gelak ramai apabila dia merakam video rakan wnaitanya yang sedang makan seawal pagi di bulan puasa.
Dalam video, lelaki ini terkejut dan terus melaungkan azan sebaik sahaja melihat ‘peristiwa’ epik tersebut di depan mata.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat lelaki ini yang terkejut namun tidak cepat melatah apabila menghadapi ‘dugaan’ sedemikian semasa berpuasa.