{VIDEO} Kalut nak ke mana… Dua kereta bertembung, pejalan kaki terpelanting ke longkang

{VIDEO} Kalut nak ke mana… Dua kereta bertembung, pejalan kaki terpelanting ke longkang

Kalut nak ke mana… Dua kereta bertembung, pejalan kaki terpelanting ke longkang.

Seorang pejalan kaki yang juga merupakan wanita terpelanting ke dalam semak selepas dirinya terkena tempias dua kereta bertembung di jalan raya.

Dalam video yang dimuat naik laman Facebook Sukan Star Tv – sstv.my memparkan dua pertembungan kereta jenis Proton Satria Kuning berserta sebuah lagi kenderaan yang tidak dapat dipastikan jenisnya.

Dalam video berdurasi 12 saat itu, dapat dilihat wanita berkenaan berjalan kaki seorang diri sebelum sebuah kereta berhenti di sebelahnya.

Malang tidak berbau apabila kereta Proton Satria itu memandu dengan laju sehingga bertembung menyebabkan pejalan kaki berkenaan terpelanting sekaligus terpesok ke dalam parit.

Difahamkan, kejadian berlaku di Jeram, Kuala Selangor namun tidak dapat dipastikan keadaan wanita berkenaan ketika ini.

Rata-rata warganet geram akan sikap pemandu Proton Satria berkenaan yang memandu dengan laju.

Malah, mereka juga bersimpati terhadap pejalan kaki berkenaan yang menjadi mangsa meskipun sudah berada di tepi jalan.