{VIDEO} “Jangan di-Tiktok kan anak orang…” Netizen selar tindakan cikgu tadika

{VIDEO} “Jangan di-Tiktok kan anak orang…” Netizen selar tindakan cikgu tadika

“Jangan di-Tiktok kan anak orang…” Netizen selar tindakan cikgu tadika.

Seiring dengan kemajuan teknologi yang serba moden dan canggih, jangan hairan jika sekarang kanak-kanak juga memiliki gajet seawal usia mereka baru tiga tahun.

Namun begitu, sebagai ibu bapa atau penjaga perlulah sentiasa memantau konteks yang ditayangkan agar anak-anak tidak terjebak dengan sesuatu yang boleh menjejaskan pengetahuan am mereka.

Mengambil iktibar dari perkongsian di Facebook, dapat kita saksikan telatah kanak-kanak taska mengikuti ‘trend’ semasa yang tular di Tiktok sewaktu berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran (PdPR).

Namun begitu, tidaklah kita meletakkan kesalahan tersebut di atas bahu kanak-kanak secara menyeluruh, tetapi sebagai seorang guru yang sudah dewasa, seharusnya tahu bahawa aktiviti itu tidak seharusnya berlaku kepada golongan cilik seperti mereka.

Hasil tinjauan di ruangan komen, netizen dedah bahawa ‘trend’ yang dilakukan oleh dua orang murid berkenaan adalah sebahagian daripada ‘task’ yang diberikan oleh guru.

Manakala, berkenaan dengan adegan sentuhan pula ada yang memamklumkan bahawa mereka berdua adalah anak buah kepada guru terbabit

Bagaimanapun, ramai luah bimbang akan nasib anak-anak mereka mengenangkan video yang tular itu.

Malah, mereka turut berharap agar warga pendidik lebih kreatif dalam tugas mereka, terutamanya sebagai guru tadika atau taska.