{VIDEO} Isteri terima jambangan bunga kuning dari suami, rupanya ini yang berlaku

{VIDEO} Isteri terima jambangan bunga kuning dari suami, rupanya ini yang berlaku

Isteri terima jambangan bunga kuning dari suami, rupanya ini yang berlaku.

Kehilangan insan yang tersayang pastinya sangat berat untuk diterima, namun perlu reda akan pemergiannya yang sudah tertulis.

Akan tetapi, segala kenangan pastinya akan tersimpan serta dibawa hingga ke akhir hayat.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Wan G Shuhaimi ini apabila memuat naik akan seorang isteri yang menerima jambangan terakhir dari arwah suaminya.

Menurut, Wan G Shuhaimi, suami wanita berkenaan itu telah pergi sehari sebelum ulang tahun kelahiran isteri tercinta.

Bagai sudah bersedia untuk pergi, arwah menyediakan kejutan terakhir buat isterinya dengan meminta jambangan bunga mawar berwarna kuning.

Dalam video tersebut, dapat dilihat wanita berkenaan seakan tidak percaya kejutan tersebut dari arwah suaminya malah terlihat menangis ketika menerima jambangan bunga itu.

Rata-rata warganet turut sebak melihat momen tersebut. Malah memuji bahawa arwah merupakan seorang suami yang baik kerana memberi kenangan yang indah meskipun telah tiada.