{VIDEO} Ini berlaku selepas lelaki tegur pelanggan merokok dalam restoran

{VIDEO} Ini berlaku selepas lelaki tegur pelanggan merokok dalam restoran

Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial berkenaan satu video seorang pelanggan sebuah restoran telah memarahi seorang perokok yang turut makan di premis terbabit.

Dalam video yang dikongsikan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nelson James Bond 007, kedengaran lelaki berusia 50an itu menegur perokok yang menyalakan puntung rokok di dalam premis tersebut.

Namun begitu, cara teguran lelaki berkenaan agak tidak sesuai dan seperti mahu mengajak perokok terbabit bergaduh apabila menggunakan kata-kata kesat serta menyentuh isu sensitif.

“You tak tau ka dalam kedai tak boleh hisap (rokok)? You China punya orang ka? Hah?! China mari la you? P*****k you Cina, l****u you tengok-tengok. Apa hal you hisap rokok?! You bodoh ka?!” kata lelaki pertengahan usia tersebut.

“Apa kuasa you (nak buat teguran)?!” balas perokok itu.

“Saya rakyat Malaysia. L****u you la! P******k! Mau kena tampar you punya muka!” jawabnya.

“Saya pun rakyat Malaysia. Kalau you berani, you report polis sekarang!” kata si perokok itu pula.

Dalam pada itu, pengguna Facebook yang berkongsi video tersebut turut meluahkan rasa ralatnya terhadap lelaki India tersebut kerana mengaitkan isu perkauman ketika memarahi perokok.

Nelson memaklumkan yang dia tidak berpuas hati kerana lelaki tersebut seakan sedang membuli orang Cina.

“Saya sedang minum kopi dan melihat lelaki ini membuli orang Cina dan memarahi ‘P*****k Cina balik China. Adakah orang Cina begitu mudah dibuli?

“Awak boleh marah orang kerana merokok tetapi jangan memarahi orang Cina balik ke China untuk menghasut. Saya perlu berdiri dan membantu lelaki ini (perokok) daripada terus dibuli sebegini.

“Merokok itu salah tetapi tiada kena mengena dengan orang Cina. Kenapa tegur Cina p*****k dan tampar muka bila tegur orang?” tulisnya.

Netizen meluahkan rasa kecewa terhadap pengurusan restoran berkenaan kerana hanya membiarkan sahaja perokok sewenang-wenangnya merokok ketika di dalam premis sedangkan larangan tersebut sudah lama dimaklumkan.

Netizen juga menyelar tindakan perokok tersebut kerana langsung tidak menghormati larangan serta pelanggan yang berada di lokasi sama dan menggesa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil tindakan tegas kepada perokok terbabit.