{VIDEO} “Ikut trend…” Sekumpulan kanak-kanak baring, bermain di tengah jalan raya sesak

{VIDEO} “Ikut trend…” Sekumpulan kanak-kanak baring, bermain di tengah jalan raya sesak

“Ikut trend…” Sekumpulan kanak-kanak baring, bermain di tengah jalan raya sesak.

Satu video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi sekumpulan kanak-kanak bermain di tengah jalan raya. Lebih mengejutkan apabila ada yang berbaring di atas jalan.

Menerusi video tersebut, kumpulan kanak-kanak tersebut dilihat bermain di atas sebatang jambatan di Pekanbaru dalam wilayah Riau, pada waktu malam.

 "Ikut trend..." Sekumpulan kanak-kanak baring, bermain di tengah jalan raya sesak

“Ikut trend…” Sekumpulan kanak-kanak baring, bermain di tengah jalan raya sesak

Satu video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi sekumpulan kanak-kanak bermain di tengah jalan raya. Lebih mengejutkan apabila ada yang berbaring di atas jalan.

Menerusi video tersebut, kumpulan kanak-kanak tersebut dilihat bermain di atas sebatang jambatan di Pekanbaru dalam wilayah Riau, pada waktu malam.

Memetik laporan Kompas, dua daripada mereka kelihatan baring serta menari di tengah jalan. Kenderaan yang lalu lalang didengari membunyikan hon bagi memberi amaran, namun tidak dihiraukan mereka.

“Mungkin mendapat inspirasi daripada trend tular yang memaparkan kumpulan remaja melompat di hadapan lori, namun akhirnya meninggal dunia (dirempuh lori),” demikian menurut keterangan pada hantaran tersebut.

Aksi mereka turut mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan. Ketua Unit Trafik Polis Pekanbaru, Komisioner Polis Angga Wahyu Prihantoro berkata, pihaknya akan meningkatkan rondaan di kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian sama daripada berulang.