{VIDEO} “Ibu tak kecewa…” Walau pun tak ada A SPM, yang penting dapat laki

{VIDEO} “Ibu tak kecewa…” Walau pun tak ada A SPM, yang penting dapat laki

“Ibu tak kecewa…” Walau pun tak ada A SPM, yang penting dapat laki.

Cerita mengenai keputusan cemerlang dalam SPM masih belum terhenti. Terbaru, satu video tular menunjukkan seorang gadis yang ‘tenang’ ketika difahamkan dia tidak memperoleh sebarang ‘A’ dalam peperiksaan tersebut.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah kata-kata ibunya yang ‘bangga’ mengatakan walaupun anaknya itu tidak mendapat sebarang A, yang penting anaknya itu bakal mempunyai suami, buat ramai tertarik…

{VIDEO} "Ibu tak kecewa..." Walau pun tak ada A SPM, yang penting dapat laki

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Susulan kenyataan ibu pemilik video, Shakiella Miezan yang mesra disapa Killa, menjelaskan sebenarnya masih belum mengambil peperiksaan SPM berkenaan dan bakal mengambilnya pada tahun hadapan.

Walaubagaimanapun, Killa berkata bakal berkahwin selepas habis SPM dan telah bertunang dengan bakal suaminya yang kini berusia 27 tahun.

Bersedia untuk kahwin pada usia muda, Killa menyatakan mungkin akan mengikut suaminya bekerja menjadi pembantu ‘assistant prop’.

Kata Killa lagi, ibunya juga bernikah muda dan bahagia selama 17 tahun bersama dengan bapanya. Berpendapat walau setinggi mana pelajaran namun wanita tetap akan ke dapur, Killa bersedia untuk bergelar isteri di usia muda.