{VIDEO} Ibu luah perasaan anak, tolak bawa duit siling ke sekolah, buat netizen sayu tonton perkongsian ini

{VIDEO} Ibu luah perasaan anak, tolak bawa duit siling ke sekolah, buat netizen sayu tonton perkongsian ini

Ibu luah perasaan anak, tolak bawa duit siling ke sekolah, buat netizen sayu tonton perkongsian ini. Sebaknya hati melihat perkongsian seorang ibu yang meluahkan perasaan anak, malu gara-gara bawa duit syiling sebagai wang belanja ke sekolah.

Bukan kerana diejek, namun anak gadisnya itu menjelaskan dia malu dilihat kawan-kawan ketika mengira duit syiling di hadapan mereka. Lantaran itu, hal ini membuatkan ibu ini sayu dengan pengakuan anaknya.

Oleh hal yang demikian, tatkala anaknya menolak wang saku, dia segera memujuk akan memaklumkan pada ayahnya berkenaan untuk memeriksa sama ada duit bantuan sudah masuk ke akaun atau belum.

Ibu luah perasaan anak, tolak bawa duit siling ke sekolah, buat netizen sayu tonton perkongsian ini

Rata-rata netizen sayu menonton perkongsian ini dan memberi semangat buat kanak-kanak tersebut agar jangan sekali-kali merasa malu kerana membawa duit syiling ke sekolah.

Malahan, ramai yang berkongsi pengalaman sama pernah melalui hal ini dahulu kala, di samping mendoakan agar kanak-kanak tersebut berjaya dalam pelajarannya.

Tonton juga