{VIDEO} Ibu jenis apa ni… Gara-gara awal kejut sahur, mak tetak anak di leher

{VIDEO}  Ibu jenis apa ni… Gara-gara awal kejut sahur, mak tetak anak di leher

Ibu jenis apa ni… Gara-gara awal kejut sahur, mak tetak anak di leher.

Tular satu video di media sosial menunjukkan seorang gadis yang meraung, dipercayai ditikam ibu sendiri!.

Difahamkan kerana mengejut sahur terlalu awal, ibu berkenaan sanggup menikam anaknya di leher.

 Ibu jenis apa ni... Gara-gara awal kejut sahur, mak tetak anak di leher

Perkongsian di Tiktok @camel.purple menunjukkan gadis tersebut yang menangis akibat ditikam ibunya, sedang ditenangkan orang awam.

Apa yang membuatkan netizen bengang adalah gelagat ibunya yang selamba, bagaikan bukan satu kesalahan menikam anak sendiri sambil jalan melenggang malahan sempat menampar bahu anaknya.

Menurut portal Kilat.com, setelah ditanya penduduk setempat, dengan selamba ibu gadis tersebut menjawab sebab dia menikam anaknya hanya kerana bergaduh…

Tanpa rasa bersalah, dia juga mengaku gadis itu anaknya dan mengatakan terlampau geram hingga ditikam gadis tersebut di leher.

Di akhir video, dapat dilihat gadis tersebut segera dibawa ke hospital dengan motosikal seorang diri.

Namun begitu, menerusi video penjelasan gadis ini sendiri, katanya tindakan itu tidak memberi mudarat pada dirinya kerana dia tidak meninggal dunia dan menyatakan perlakuan ibunya itu mempunyai sebab kukuh, buat netizen geleng kepala.