{VIDEO} “Harap kereta je mahal…time nak masuk baru bagi signal…” ini yang berlaku

{VIDEO} “Harap kereta je mahal…time nak masuk baru bagi signal…” ini yang berlaku

{VIDEO} “Harap kereta je mahal…time nak masuk baru bagi signal…” ini yang berlaku.

Terkadang, sebagai pengguna jalan raya, kita sudah sehabis baik mematuhi peraturan. Namun, gara-gara kecuaian pengguna lain, kemalangan tetap berlaku hingga merosakkan harta benda orang lain.

Begitulah seperti satu video yang tular ini, menunjukkan sebuah motosikal yang ‘dibantai’ sebuah kereta hingga terbalik!

{VIDEO} "Harap kereta je mahal...time nak masuk baru bagi signal..." ini yang berlaku

Perkongsian @zdane di Tiktok mengundang amarah orang ramai yang bengang dengan pemandu kereta yang disifatkan tiada adab.

Dlam video, kereta berkenaan dilihat dari lane sebelah kanan, terus laju ke kiri untuk masuk ke simpang. Pemandu berkenaan juga memberi signal secara tiba-tiba dan terus masuk hingga melanggar motosikal terbabit.

 

Rata-rata netizen menyalahkan pemandu kereta berkenaan kerana dia tak sepatutnya masuk ke simpang secara tiba-tiba begitu.

Malahan, penduduk sekitar situ juga menyatakan kesalahan pemandu yanng langsung tidak peka dengan cermin sisi hingga mengakibatkan kemalangan.