{VIDEO} Gelagat suami layan karenah isteri mengandung buat ramai tersenyum

{VIDEO} Gelagat suami layan karenah isteri mengandung buat ramai tersenyum

Memiliki suami yang memahami merupakan idaman setiap isteri. Lebih-lebih lagi ketika sedang mengandung, pastinya banyak permintaan dan kemahuan isteri yang terkadang berada di luar kotak, namun jika suami sanggup melayan, pasti isteri bahagia..

Begitulah perkongsian di Tiktok ini, menunjukkan sikap suami yang sanggup melayan karenah isteri mengandung buat ramai tersenyum.

Difahamkan sebaik saja pulang kerja, suami tersebut terus mengajak isterinya ke belakang demi melayan kehendak dan permintaan isteri untuk mencuci muka bersama.

Menerusi kapsyen, empunya video menyangka bahawa mereka ingin mengemas rumah, namun sebaik sahaja melihat adegan romantis tersebut, dia merasa sangat terharuatas kebaikan suami itu…

 {VIDEO} Gelagat suami layan karenah isteri mengandung buat ramai tersenyum

Netizen terharu melihat layanan suami tersebut pada isterinya biarpun penat pulang dari kerja. Kata mereka, sekecil-kecil perkara inilah yang terkadang boleh melakar senyuman bahagia di wajah isteri.

Dalam pada itu, netizen juga mendoakan agar wanita tersebut dipermudahkan urusan bersalin dan bahagia selamanya bersama suami dan keluarga tercinta.