{VIDEO} Diheret lembu sendiri hingga tersembam, aksi cemas Pok Cer ‘cecah’ 2 juta views

{VIDEO} Diheret lembu sendiri hingga tersembam, aksi cemas Pok Cer ‘cecah’ 2 juta views

Diheret lembu sendiri hingga tersembam, aksi cemas Pok Cer ‘cecah’ 2 juta views.

Menerusi satu perkongsian oleh saudara Fahmi yang menyaksikan kejadian, pada awalnya seorang pak cik dilihat sedang membawa seekor lembu miliknya melalui sebuah jalan. Namun tak semena-mena haiwan tersebut cuba untuk larikan diri dan mula mengheret lelaki tua berkenaan ke tengah jalan sebelum terjelepok atas tanah.

Pegangan tali yang diikat pada leher lembu itu akhirnya terlepas dan ia mula lari tak tentu hala dan hampir bertembung dengan beberapa buah kenderaan. Walau bagaimanapun dalam satu rakaman lain, difahamkan pak cik tersebut dalam keadaan baik manakala haiwan itu juga berjaya ditangkap semula.

Rata-rata netizen turut sama merasa cemas melihat kejadian tersebut. Malah video berkenaan juga telah meraih lebih 2 juta jumlah tontonan tatkala belum cukup 24 jam dimuat naik. Dalam pada itu, ramai meluahkan rasa lega apabila mengetahui lelaki berkenaan masih selamat.