{VIDEO} Detik mendebarkan… Pelajar bernasib baik tak dihempap pokok ketika berteduh dari hujan lebat

Detik mendebarkan… Pelajar bernasib baik tak dihempap pokok ketika berteduh dari hujan lebat.
Ajal dan maut seseorang sememangnya tidak dapat dijangka. Hanya Maha Pencipta sahaja yang mengetahui perihal rahsia tersebut sehingga tiba waktunya.
Jika sudah ditentukan bahawa nyawa seseorang itu masih panjang, maka dia pastinya akan terselamat dari apa jua keadaan genting dan harus bersyukur akan keselamatan diberikan.
Sama seperti dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Aqil Kentucky apabila memuat naik video kemalangan melibatkan dua pelajar.
Apa yang menjadi perhatian ramai adalah kuasa Allah SWT kerana salah seorang pelajar berkenaan hampir sahaja dihempap pokok ketika berjalan di susur gajah ketika hujan lebat.
Detik-detik mendebarkan itu telah dirakam rakannya dan membuatkan warganet mengusap dada apabila pelajar berkenaan tidak bergerak laju membuatkan mereka terselamat.
Rata-rata warganet rasa bersyukur apabila pelajar berkenaan terselamat dari bencana tersebut. Malah mereka juga berpesan agar pelajar berkenaan sentiasa berhati-hati.