{VIDEO} “Dari Korea untuk Malaysia” Kim Pan Gon tunduk hormat buat ramai terharu

{VIDEO} “Dari Korea untuk Malaysia”  Kim Pan Gon tunduk hormat buat ramai terharu

“Dari Korea untuk Malaysia” Kim Pan Gon tunduk hormat buat ramai terharu.

Teruja dan terharu pasti sangat dirasai oleh rakyat Malaysia selepas berjaya mengalahkan Bangladesh 4-1 dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2023 kumpulan E di Stadiumn Bukit Jalil malam tadi.

 “Dari Korea untuk Malaysia”  Kim Pan Gon tunduk hormat buat ramai terharu

“Dari Korea untuk Malaysia” Kim Pan Gon terima jutaan ucapan

Perkara tersebut bukan sahaja dirasai oleh penyokong Harimau Malaya sahaja namun turut dirasai oleh permain yang berhempas pulas selama 90 minit di atas padang.

Turut tidak ketinggalan adalah jurulatih pasukan Harimau Malaya, Kim Pan Gon yang pastinya berbangga meihat kejayaan anak buahnya.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai AnakAntooJalanan memaparkan momen Kim Pan Gon bergerak menujiu ke Ultras Malaya serta penyokong bolasepak negara selepas perlawanan membuat ramai terharu.

 

Bagaimanapun suasana bertambah meriah apabila Kim menjulang baju yang tertulis “Dari Korea untuk Malaysia” dan pastinya membuatkan seluruh stadium berasa bangga kerana dibawah bimbingannya, pasukan negara berjaya melangkah ke Piala Asia 2023.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Team Malaysia (@teammsia)

Bukan itu sahaja, ucapan terima kasih juga tidak henti-henti diberikan kepadanya seperti yang dimuat naik di media sosial Team Malaysia. Terlihat Kim bergenang air mata apabila pasukan yang dibimbingnya sejak awal tahun ini meraih kemenangan.

Apa-apa pun semoga maju jaya untuk pasukan Harimau Malaya dalam saingan Piala Asia 2023.