{VIDEO} Dakwa dapat order salah, wanita tampar, baling sos pada pekerja…ini terjadi selepas itu

Dakwa dapat order salah, wanita tampar, baling sos pada pekerja…ini terjadi selepas itu. Istilah ‘customer is always right’ acap kali dilihat diambil kesempatan oleh pelanggan yang salah.
Hal ini kerana, ‘mereka’ dengan sewenang-wenangnya mengamuk dan menyaahgunakan hak tersebut hingga membuatkan orang ramai merasa geram.
Menerusi satu perkongsian yang tular, wanita tersebut yang digelar ‘Karen’ atas sikap biadapnya dipercayai mengamuk gara-gara makanan yang sampai tidak bertepatan seperti yang dipesan.
Tanpa berfikir panjang, wanita ini terus ke kaunter dan membaling sos pada pekerja wanita dan menamparnya atas sebab geram.
Rata-rata netizen berpuas hati melihat tindakan pekerja wanita tersebut yang membalas semula pukulan ‘Karen’ itu.
Malahan, mereka juga menegaskan istilah bahawa pekerja juga layak dihormati, bukan diperlakukan sesuka hati..
Turut baca
- Wanita dan lelaki wajib baca! Ini 5 sebab anda masih tidak punya buah hati
- Kecewanya hati seorang isteri… Suami curang, bawa masuk perempuan lain dalam rumah
- {VIDEO} Warga emas dibiar berdiri undang sebak
- Lelaki durjana… Cabul budak perempuan 8 tahun tepi tali air berjaya dibekas
Tonton juga