{VIDEO} “Dahlah bawa anak…” Suami siku bini atas motor buat netizen naik angin

“Dahlah bawa anak…” Suami siku bini atas motor buat netizen naik angin
Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila dikasari lelaki yang didakwa sebagai suaminya sewaktu membonceng motosikal.
Sorotan video dapat dilihat menerusi perkongsian di Twitter, yang mana telah diulang kicau melebihi 5,000 pengguna platform berkenaan selain membanjiri ruangan komen dengan pelbagai respon.
2 kali dia siku perempuan tu dkt atas motor. Ada budak kecil lagi.
Kesian pompuan yg dpt laki tak guna macam ni. pic.twitter.com/KClUl2UXCq— Travel Jimat (@TravelJimat) April 17, 2022
Hasil rakaman ‘dashcam’ tersebut, motosikal yang ditunggangi lelaki berkenaan terhuyung hayang, termasuklah dengan pembonceng yang berada di belakang.
Menurut pemilik video, lelaki itu telah menyiku wanita dibelakangnya sebanyak dua kali menyebabkan berlaku gegaran sedikit sekligus memungkin bahawa ia dibuat secara kuat.
Selain risau akan keadaan wanita malang itu, tak kurang juga yang meluahkan rasa marah dan geram melihat dia diperlakukan sebegitu oleh lelaki berkenaan.
Lebih sebak, sewaktu kejadian pasangan itu turut membawa seorang budak kecil bersama mereka, namun tidak kelihatan dengan jelas sewaktu rakaman diambil.