{VIDEO} “Dah ketat seret jalan pula…” Baju raya ala duyung dikritik

{VIDEO} “Dah ketat seret jalan pula…” Baju raya ala duyung dikritik

“Dah ketat seret jalan pula…” Baju raya ala duyung dikritik.

Meskipun pengumuman raya tahun ini dibuat secara mengejut, namun rata-ratanya dilihat masih ‘segak’ memperagakan baju baru mereka di pagi raya Aidilfitri.

Cuma sebahagian dari kalangan mereka, mungkin tidak sempat membuat persiapan raya kerana kekangan waktu dan sebagainya.

Tidak ketinggalan berkongsi ‘moment’ beraya di kampung, namun wanita ini menerima sindiran pula dari warganet susulan melihat rekaan baju raya modennya.

Menerusi entri tersebut, menyaksikan kepayahan wanita itu untuk bergerak sambil mendukung anak dalam keadaan baju rayanya yang ketat dan meleret hingga ada yang menyamakannya dengan panyapu.

"Dah ketat seret jalan pula..." Baju raya ala duyung dikritik

Mengenangkan cuaca panas sejak kebelakangan ini, membuatkan majoritinya beranggapan wanita itu ‘mengundang’ masalah untuk diri sendiri.

Adapun begitu, segelintir warganet berpendapat bahawa rekaan bajunya itu terlalu berlebihan dan megah.