{VIDEO} Cekik darah!!! Lelaki luah rasa geram, beli juadah berbuka harga kayangan

Cekik darah!!! Lelaki luah rasa geram, beli juadah berbuka harga kayangan.
Bermulanya bulan puasa sejak 4 hari lalu membuka ruang dan peluang bagi peniaga-peniaga kecil untuk membuka bazar di bulan Ramadan.
Namun begitu, acap kali kita dengar luahan dari pembeli yang menyatakan harga jualan terlalu mahal hingga dilabel kualiti dan rasa tidak setanding harga.
Terbaru, tular perkongsian seorang pembeli dari sebuah bazar Ramadan yang tidak didedahkan, meluahkan betapa mahalnya harga-harga juadah berbuka puasa yang dijual oleh peniaga.
Disifatkan hanya mengambil untung dan kesempatan, lelaki ini menyeru semua peniaga agar tidak meletakkan harga terlampau ‘kayangan’ kerana rata-rata makanan dijual tidak setanding dengan harga yang diletakkan…
Rata-rata netizen mengeluarkan pendapat masing-masing bahawa kenaikan harga kini selaras dengan isu juadah berbuka dijual dengan harga mahal di bazar Ramadan.
Malahan, ramai yang juga turut menegaskan untuk memasak sendiri jika terasa makanan yang dijual sangat mahal dan tidak sesuai dengan bajet sendiri…
Turut baca
- Nak buat baik pun salah… Empat remaja kejut sahur disimbah air
- Pasangan kekasih bertindak ‘kejam’, buang mayat bayi berusia empat bulan di kawasan sampah ditahan
- Bapa durjana… ‘Ratah’ anak sendiri, kini dipenjara 14 tahun, 4 sebatan
Tonton juga