{VIDEO} Bukan tugasnya cari nafkah… Netizen simpati lihat budak lelaki cari rezeki di tepi jalan

{VIDEO} Bukan tugasnya cari nafkah… Netizen simpati lihat budak lelaki cari rezeki di tepi jalan

Bukan tugasnya cari nafkah… Netizen simpati lihat budak lelaki cari rezeki di tepi jalan.

Demi meneruskan kehidupan, setiap orang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat wang ringgit untuk membeli barang keperluan.

Dalam kesusahan yang dialami, tidak kiralah kanak-kanak mahupun dewasa pastinya saling bertungkus lumus demi mencari sesuap nasi.

Sama seperti video yang dimuat naik pengguna TikTok dikenali sebagai Riezanie ini yang memaparkan seorang kanak-kanak duduk seorang diri di tepi jalan.

Dalam video tersebut dapat dilihat kanak-kanak lelaki itu duduk sambil menundukkan wajahnya serta di sisinya terdapat barang jualan yang ingin dijual.

Syukur ada rezeki buatnya apabila terdapat penunggang motorsikal datang untuk membeli barang jualan kanak-kanak berkenaan.

Bukan tugasnya cari nafkah... Netizen simpati lihat budak lelaki cari rezeki di tepi jalan

Rata-rata warganet sebak melihat momen tersebut. Malah mereka turut mendakwa bahawa usia kanak-kanak itu bukan masa untuk mencari rezeki.

Mereka juga mendoakan agar rezeki serta urusan kanak-kanak berkenaan dipermudahkan.

Turut baca

Tonton juga