{VIDEO} Bimbang jem kereta 15 jam… Wanita stanby pampers elak ‘terkucil’

{VIDEO} Bimbang jem kereta 15 jam… Wanita stanby pampers elak ‘terkucil’

Bimbang jem kereta 15 jam… Wanita stanby pampers elak ‘terkucil’

Tinggal beberapa hari Ramadan bakal melabuhkan tirainya, ramai yang berpusu-pusu pulang ke kampung untuk menyambut Syawal bersama keluarga.

Justeru, lebuhraya dilihat penuh sesak setiap hari hingga ada yang ‘berkampung’ dalam kereta 15 jam..

Bakal berdepan dengan jem, seorang wanita membuatkan para netizen ternganga apabila dia memuat naik video menyediakan pampers untuk dipakai sepanjang meredah perjalanan pulang ke Kelantan.

Kata wanita ini, dia yang sememangnya sering membuang air terpaksa memakai pampers kerana risau jika kesesakan lebuhraya menghalang mereka untuk ‘menjumpai’ dan singgah ke tandas.

Rata-rata netizen ternyata melakukan hal sama di mana mereka juga memakai pampers untuk mengahadap kesesakan lalu lintas tatkala pulang ke kampung.