{VIDEO} ‘Biar dia rasa…’ Netizen puas hati lihat lelaki lempar semula sampah ke arah pemandu

{VIDEO} ‘Biar dia rasa…’ Netizen puas hati lihat lelaki lempar semula sampah ke arah pemandu

‘Biar dia rasa…’ Netizen puas hati lihat lelaki lempar semula sampah ke arah pemandu.

Membuang sampah di tempat awam merupakan satu tindakan yang kurang bijak yang pasti akan dilakukan oleh individu yang tidak beretika.

Bukan sahaja merosakkan pandangan mata, malah ia juga satu tindakan biadap sekaligus mencemarkan kebersihan alam sekitar.

Hal yang sama dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Otamblurrrrr apabila memaparkan seorang lelaki membaling sampah ke sebuah kereta.

Difahamkan, lelaki berkenaan mengutip sampah yang dibuang dari kereta tersebut dan bertindak memulangkan semula kepada pemandu berkenaan.

Bukan sahaja, lelaki tersebut namun orang-orang yang melihat kejadian berkenaan juga bertindak mengumpulkan sampah berkenaan dan menegur pemandu tersebut.

{VIDEO} 'Biar dia rasa...' Netizen puas hati lihat lelaki lempar semula sampah ke arah pemandu

Bagaimanapun, bengang akan perkara tersebut pemandu berkenaan dilihat menutup tingkap keretanya bagi mengelakkan dari terus dibaling sampah sarap.

Rata-rata berpuas hati melihat tindakan abang-abang berkenaan yang membaling sampah ke arah pemandu tersebut.

Malah, turut berpendapat bahawa orang seperti ini sepatutnya diajar bukan dilepaskan begitu sahaja.

 

Turut baca