{VIDEO} Biadap!!! Peyambut tetamu klinik tendang ‘stroller baby’ buat anak kecil trauma

{VIDEO} Biadap!!! Peyambut tetamu klinik tendang ‘stroller baby’ buat anak kecil trauma

Biadap!!! Peyambut tetamu klinik tendang ‘stroller baby’ buat anak kecil trauma.

Baru-baru ini tular di media sosial akan seorang wanita yang dipercayai peyambut tetamu di sebuah klinik menendang ‘stroller baby’ hingga menjadi perhatian ramai.

Dalam video dimuat naik pengguna TikTok dikenali sebagai lllllllllllllll11111i memaparkan dua orang wanita dipercayai sedang bertengkar akan salah faham yang tidak diketahui.

Akibat terlalu marah, salah seorang wanita yang dipercatai penyambut tetamu klinik itu telah mendendang stroller baby yang dipercayai tiada bayi di dalamnya.

Ingin menghentikan pergaduhan ibunya dan wanita berkenaan, seorang budak lelaki menangis dan meminta agar perkara tersebut dihentikan, bagaimanapun penyambut tetamu itu seolah-olah tidak mempedulikannya.

Dalam video yang lain pula, pengguna TikTok berkongsi akan permulaan pertengkaran itu berlaku dari dalam klinik.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat ibu berkenaan membaling sesuatu manakala penyambut tetamu berkenaan pula menunjukkan isyarat ‘lucah’ serta mengejar pelanggan berkenaan.

Rata-rata warganet berpendapat penyambut tetamu berkenaan tidak perlu berkelakukan seperti itu.

Malah, mereka juga mendakwa kedua-duanya salah kerana bergaduh di hadapan seorang kanak-kanak sehingga timbul rasa taruma dalam dirinya.