{VIDEO} Bertengkar sebab tak puas hati isu pesanan air

{VIDEO} Bertengkar sebab tak puas hati isu pesanan air

Sebuah video tular di media sosial Twitter memaparkan kejadian pertengkaran melibatkan beberapa individu di sebuah restoran di Temiang di sini yang dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang pelanggan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisren Komisioner Nanda Maarof berkata, pada pukul 3 petang hari ini telah tular video berdurasi 36 saat tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @nanmanjoi8715.

“Pertengkaran berlaku disebabkan oleh pelanggan seorang lelaki tidak berpuas hati dengan pengurus restoran mengenai pesanan air yang telah diambil oleh pekerjanya.

“Pertengkaran tersebut telah dileraikan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian,” katanya.

Jelas Nanda, hasil siasatan mengenai video yang tular itu mendapati kejadian di sebuah restoran di Temiang di sini berlaku lebih kurang pukul 2.30 pagi, 25 September 2022 (semalam).

“Bagaimanapun, untuk makluman pihak restoran dan pelanggan tersebut tidak membuat sebarang laporan polis sehingga hari ini,” katanya.