{VIDEO} Bersimpati dengan kejadian… Gadis ‘bengang’ dirakam lelaki tak dikenali dalam MRT

{VIDEO} Bersimpati dengan kejadian… Gadis ‘bengang’ dirakam lelaki tak dikenali dalam MRT

Bersimpati dengan kejadian… Gadis ‘bengang’ dirakam lelaki tak dikenali dalam MRT.

Sebagai seorang gadis, wanita mahupun perempuan pastinya sentiasa berhati-hati dengan orang sekeliling kerana tidak tahu akan niat sebenar individu.

Jadi apabila terdapat sikap aneh akan orang disekeliling, pastinya mereka akan mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Rachieeeex memuat naik video memaparkan seorang lelaki beruniform yang duduk di hadapannya di dalam MRT.

Dalam video tersebut, dapat dilihat lelaki berkenaan awalnya bermain dengan telefon bimbitnya sebelum menyimpan telefon tersebut dicelah kelengkang.

Difahamkan, kejadian ini bukan berlaku di Malaysia sebaliknya terjadi di Singapura beberapa hari lalu.

Menurut Rachieeeex, lelaki berkenaan merakam dirinya dengan meletakkan telefon bimbit dicelah kaki berserta kamera menghadap ke arahnya.

Tidak senang akan perkara itu, dia telah merakam gerak geri lelaki berkenaan sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Rata-rata mereka turut bersetuju bahawa lelaki berkenaan sememangnya merakam gadis tersebut memandangkan cuba menutup tanda namanya. Warganet juga turut bersimpati akan kejadian yang berlaku kepada gadis berkenaan.