{VIDEO} “Baru nak happy…” Polis trafik tahan geng konvoi

{VIDEO} “Baru nak happy…” Polis trafik tahan geng konvoi

“Baru nak happy…” Polis trafik tahan geng konvoi.

Sekumpulan geng motosikal ditahan oleh anggota polis trafik sewaktu pihaknya membuat rondaan di waktu malam.

Dalam kejadian itu, awalnya orang ramai menyambut meriah kehadiran konvoi berkenaan di tengah bandar.

Namun, suasana bertukar hambar apabila anggota terbabit menahan kesemuanya dan menjerit meminta agar masing-masing menyegarakan tindakan mereka terhadap arahan yang diberikan.

 "Baru nak happy..." Polis trafik tahan geng konvoi

Kejadian itu berlaku di Singapore dan difahamkan penahanan tersebut adalah kerana geng motosikal berkenaan membuat bising melebihi had waktunya iaitu selepas jam 11 malam.

Sebahagiannya beranggapan tindakan anggota terbabit adalah sewajarnya kerana bunyi bising itu lebih menjerumus kepada mengganggu ketenteraman awam.

Walau bagaimanapun, yang lain pula beranggapan sebaliknya apabila merasakan seperti kebebasan mereka disekat disebabkan peraturan yang dilaksanakan di negara itu.