{VIDEO} ‘Backup’ anak walau salah, netizen bengang lihat warga emas diperlekeh

{VIDEO} ‘Backup’ anak walau salah, netizen bengang lihat warga emas diperlekeh

‘Backup’ anak walau salah, netizen bengang lihat warga emas diperlekeh.  Beberapa hari lalu, tular satu rakaman video menunjukkan salah faham yang berlaku antara dua lelaki di sebuah taman perumahan.

Difahamkan, lelaki warga emas tersebut hanya menegur tindakan anak seorang lagi lelaki yang dipercayai merosakkan bumbung rumahnya, namun telah diherdik dan dimarahi di depan orang ramai.

Akibat tularnya video berkenaan, Sabrina SehJa tampil menceritakan hal sebenar di Facebook membuatkan ramai geram dan panas hati.

Difahamkan, lelaki tersebut terlampau mempertahankan anaknya meskipun dipercayai kanak-kanak tersebut yang memulakan ‘angkara’ hingga merosakkan harta benda orang lain.

Kejadian yang berlaku di Bandar Sultak Suleiman, Klang itu membuatkan para netizen marah melihat penindasan yang berlaku, kerana jelas menampakkan sikap lelaki tersebut yang tidak boleh menerima teguran.

{VIDEO} 'Backup' anak walau salah, netizen bengang lihat warga emas diperlekeh

Insiden yang berlaku pada petang Khamis itu bermula apabila bapanya menegur kelakuan anak lelaki tersebut yang bermain bola hingga menyebabkan bumbung mereka pecah.

Namun, lelaki tersebut yang tiba-tiba naik angin terus menyerang mereka di rumah dengan memacu kenderaan laju secara ke hadapan dan mengundur, lalu turun dan bertekak di hadapan rumah.

Kejadian tersebut bukanlah kali pertama namun telah berterusan sejak tahun 2020 lagi.

Masyarakat di situ mengambil pendekatan tidak mahu mengambil pusing akan hal ini kerana bimbang turut diganggu pasangan suami isteri tersebut yang dilihat bagaikan ‘gangster’ di kawasan tersebut.

Rata-rata netizen meluahkan rasa geram melihat keluarga wanita ini diperlakukan sedemikian.

Dalam pada itu, ramai yang mengesyorkan agar mereka membuat laporan polis agar tindakan segera diambil bagi mengelakkan hal ini berterusan lagi.

 

Turut baca