{VIDEO} “Anak ke syurga, ayah ke neraka.” – Bapa tembak anak 7 hari ke tali gantung

{VIDEO} “Anak ke syurga, ayah ke neraka.” – Bapa tembak anak 7 hari ke tali gantung

“Anak ke syurga, ayah ke neraka.” – Bapa tembak anak 7 hari  ke tali gantung. Beberapa hari ini, kita digemparkan dengan berita kekejaman seorang bapa di Pakistan yang sanggup menembak anak perempuannya gara-gara terlampau menginginkan anak lelaki.

Difahamkan, kerana mahukan anak lelaki sebagai anak sulung, si bapa sanggup menembak anak perempuannya hingga mati kerana tidak dapat menerima takdir.

 "Anak ke syurga, ayah ke neraka." - Bapa tembak anak 7 hari ke tali gantung

Menerusi satu perkongsian di Tiktok, pelaku, Shahzaib Khan telah diberkas pihak polis dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Shahzaib yang menembak anaknya- Jannat sebanyak 5 kali pada awalnya melarikan diri dan bersembunyi.

 

Muka macam tak ada perasaan bersalah…

Pada hari kejadian, Shahzaib dipercayai hilang akal dan meminta Jannat dari isterinya kemudian bertindak menembak Jannat hingga mati.

Difahamkan Shahzaib yang patuh pada adat suku kaum, memegang prinsip bahawa bayi perempuan merupakan satu penghinaan buat kaum lelaki.

Tatkala dia menembak Jannat, mujur bapa saudara, Hidayatullah Khan singgah di rumah mereka dan terkejut melihat Shahzaib mengacu pistol.

Hidayatullah pada awalnya cuba menghaalang Shahzaib dari menmbak Jannat namun dia telah diancam dengan pistol, kemudian tanpa berfikir panjang terus menembak Jannat.

Akibat kejadian tersebut, isteri Shahzaib bagaikan dirasuk dan menangis dengan sangat teruk hingga ditenangkan ibunya. Dari video, netizen sangat sebak melihat ibu Jannat yang menangis, dan menyatakan tak terbayang rasa kehilangan yang dialami wanita tersebut.