{VIDEO} “Ada anak orang dalam tu wey!” Selamba langgar lampu merah, netizen selar pemandu van

“Ada anak orang dalam tu wey!” Selamba langgar lampu merah, netizen selar pemandu van.
Kesalahan melanggar lampu isyarat sememangnya sudah menjadi kebiasaan dilakukan oleh rakyat Malaysia.
Mekipun sudah diperlihatkan akan kemalangan disebabkan perbuatan itu, namun nampaknya tidak memberi impak dan keinsafan pun buat pengguna jalan raya, sebaliknya masih ramai melakukan hal yang sama.
Kisahnya sama, cuma apa yang membuatkan netizen bengang apabila individu yang melakukan kesalahan itu adalah pemandu van.
Lebih menambah emosi, di dalam kenderaan itu kelihatan penumpangnya yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah.
Menerusi muat naik Utusan TV di Tiktok, pemandu van itu dengan beraninya melanggar lampu isyarat merah, malah kenderaan dari arah berkenaan juga masih sedang bergerak.
Walaupun kenderaan tidak terlalu banyak, namun tindakannya berbuat demikian sangat bahaya dan sebaiknya elak sebelum berlakunya kejadian tak diingini, sepertimana peribahasa ada berbunyi ‘malang tidak berbau’.
Bukan itu sahaja, mereka juga berpendapat agar pihak berkuasa mencari dan mengenakan tindakan ke atasnya agar beringat dan lebih berhati-hati selepas ini.