{VIDEO} “8 tahun bercinta tapi disapu orang…” Lelaki tahan air mata datang ‘shoot wedding’ bekas kekasih

{VIDEO} “8 tahun bercinta tapi disapu orang…” Lelaki tahan air mata datang ‘shoot wedding’ bekas kekasih

“8 tahun bercinta tapi disapu orang…” Lelaki tahan air mata datang ‘shoot wedding’ bekas kekasih.

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Walau berapa lama bercinta, jika tiada jodoh antara mereka, tentunya segala usaha cuma sia-sia dan masing-masing perlu reda dengan ketentuannya.

Sama lah dengan satu kisah yang tular ini, apabila pasangan yang bercinta selama 8 tahun, namun takdir jodoh tidak berpihak pada mereka.

"8 tahun bercinta tapi disapu orang..." Lelaki tahan air mata datang 'shoot wedding' bekas kekasih

Perkongsian @mfxs membuatkan ramai simpati dengan lelaki berbaju hitam, dipercayai merupakan bekas kekasih kepada pengantin wanita.

Difahamkan mereka telah bercinta selama 8 tahun, lelaki ini yang bertindak sebagai photographer tetap datang menjalankan tanggungjawab dengan senyuman meskipun dalam hatinya menangis…

Rata-rata netizen kagum melihat ketabahan dan kekuatan lelaki tersebut yang mengukir senyuman meskipun dia mennangis sebelum masuk ke dewan pengantin.