Undi belah bahagi : PH tewas, majoriti tiga undi

Undi belah bahagi : PH tewas, majoriti tiga undi

Spekulasi bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan tumbang hari ini selepas undian Belanjawan 2021 untuk kali ketiga gagal diluluskan oleh Dewan Rakyat ternyata tidak benar.

Ia berikutan undian secara belah bahagian yang berlangsung di Dewan Rakyat petang ini menyaksikan seramai 111 Ahli Parlimen bersetuju, 108 tidak bersetuju dan seorang tidak hadir.

Keputusan itu diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun selepas undian belanjawan tersebut dilakukan kira-kira pukul 4.03 petang.

Keputusan itu sekali gus membuktikan kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk mentadbir negara ini.

Terdahulu, Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan dan kementerian Pengajian Tinggi turut diluluskan secara undian suara majoriti hari ini.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2020/12/15/kerajaan-pn-tidak-tumbang-kekal-majoriti/