Umno perlu menari mengikut rentak sendiri

Umno perlu menari mengikut rentak sendiri

Keputusan dasar Perhimpunan Agung Umno 2019 untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP, kata Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan.

Sehubungan itu, katanya, terpulang pada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih mahu mencanang kononnya ada rundingan dan kerjasama rasmi politik dengan Umno.

“Itu adalah hak beliau untuk bercakap sepertimana selama ini beliau tak henti-henti mengatakan bahawa beliau ada majoriti di Parlimen.

Kita tidak perlu menari mengikut rentak orang lain sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada pengukuhan dalaman parti sendiri, disamping berusaha keras memenangi keyakinan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. | MD